HUBUNGAN SOSIAL ANTARA KOMUNITI MELA YU DEN GAN KOMUNITI BUKAN MELA YU MENGIKUT PERSPEKTIF PERADABAN: SATU PENGENALAN SOCIAL INTERACTION BETWEEN MALAY AND NON-MALAY COMMUNITIES ACCORDING TO CIVILISATIONAL PERSPECTIVE: AN INTRODUCTION

Main Article Content

Najjah Salwa Abd Razak
Wan Norhasniah Haji Wan Husin

Abstract

Komuniti Melayu merupakan masyarakat yang berperadaban, dan telah mendiami Tanah Melayu ataupun kini dikenali sebagai Malaysia (1963) kira-kira I 500 tahun yang lampau. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik sebagai tempat pertemuan di antara Timur dan Barnt yang terlindung dari bencana alam, telah menjadikan wilayah ini salah satu kawasan perdagangan yang penting di kawasan Asia Tenggara, terutamanya di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu-Islam Melaka. Peluang perdagangan dan perniagaan yang terbuka luas, telah menggalakkan kemunculan pedagang dari seluruh pelosok dunia. Manakala kekayaan sumber asli seperti bijih timah dan getah pula, telah menjadikan Tanah Melayu sama ada sebagai matlamat penjajahan bagi Portugis, Belanda dan lnggeris, ataupun tempat pengumpulan harta bagi kaum pendatang seperti komuniti Cina dan komuniti India. Salah satu faktor penarik kedatangan komuniti asing ke Tanah Melayu kerana sifat hubungan sosial yang ditonjolkan oleh komuniti Melayu. Dari analisa terhadap sejarah hubungan sosial sama ada sesama Melayu, ataupun antara komuniti Melayu dengan komuniti bukan Melayu, didapati komuniti berkenaan cenderung menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, hormat menghormati dan saling tolong menolong, di mana kesemuanya berteraskan kepada nilai budi. Dengan kedatangan Islam, nilai budi telah bertaut dengan Islam sehingga melahirkan budi-Islam. Menerusi nilai-nilai berkenaan, jalinan kerjasama berlangsung secara perbincangan dan rundingan dengan pihak British, kaum pendatang ataupun dengan komuniti bukan Melayu, ketika menguruskan pentadbiran ataupun berhadapan dengan konflik. Dapatan dari analisa menunjukkan, persekitaran geografi di Tanah Melayu yang senang, tanah yang subur dan laut yang kurang bergelora berperanan untuk mengukuhkan penerapan nilai berkenaan. Kemunculannya juga menjadi lebih dominan hasil daripada penyerapannya ke dalam norma sosial Melayu, iaitu sistem adat.


Kata kunci: Komuniti Melayu, Komuniti bukan Melayu, Budi Islam, Tolak ansur, Sistem adat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abd Razak, N. S., & Haji Wan Husin, W. N. (2011). HUBUNGAN SOSIAL ANTARA KOMUNITI MELA YU DEN GAN KOMUNITI BUKAN MELA YU MENGIKUT PERSPEKTIF PERADABAN: SATU PENGENALAN: SOCIAL INTERACTION BETWEEN MALAY AND NON-MALAY COMMUNITIES ACCORDING TO CIVILISATIONAL PERSPECTIVE: AN INTRODUCTION. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 22(1), 205–233. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9660
Section
Articles