KONSEP PERJUANGAN ANWAR RIDHWAN DALAM NOVEL PENYEBERANG SEMPADAN ANWAR RIDHWAN STRIVING CONCEPT IN PENYEBERANG SEMPADAN NOVEL

Main Article Content

Mohamad Mokhtar Abu Hassan
Raja Rajeswari Seetha Raman

Abstract

Karya sastera sebagai medium ekspresi seni, menyalurkan mesej dan amanat secara tersurat dan tersirat melalui diksi dalam bentuk kata kunci dan simbol. Simbol dan kata kunci yang diulang dalam karya sastera mendedahkan konseptualisasi dan tanggapan pengarang berhubung dengan sesuatu konsep. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konseptualisasi Anwar Ridhwan berhubung dengan konsep perjuangan dalam novel Penyeberang Sempadan. Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan digunakan sebagai kerangka teoritis dalam kajian ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual Kata Kunci, konseptualisasi Anwar Ridhwan yang tersurat dalam bentuk kata kunci dan yang tersirat di sebalik simbol dikenal pasti. Hasil kajian membuktikan bahawa konsep perjuangan pada tanggapan Anwar Ridhwan ialah penderitaan, pengorbanan dan usaha untuk memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah. Para pejuang sanggup menderita dan menggadaikan nyawa mereka demi kemerdekaan dan kesejahteraan rakyat. Konseptualisasi ini dikenal pasti dengan mengaplikasikan Teori Konseptual Kata Kunci dan konsep simbol dalam novel Penyeberang Sempadan.
Kata kunci: simbol, kata kunci, konseptualisasi, perjuangan, Penyeberang Sempadan.


Literary work is a medium of art that conveys meanings and messages literally and symbolically through diction. Keywords and symbols repeated in literary texts convey an author’s personal conceptualisation on a particular concept. The objective of this study is to explore Anwar Ridhwan’s view on struggle in his novel Penyeberang Sempadan. Keywords Conceptual Theory formulated by Mohammad Mokhtar Abu Hassan, a Malaysian scholar is used as a theoretical frame in this research. By using the Keywords Conceptual Theory, the conceptualisation of Anwar Ridhwan is identified. Keywords convey the literal conceptualisation of the author whereas symbols convey his symbolic conceptualisation. The analysis and findings reveal that the concept of struggle involves suffering and sacrifice. The warriors suffer and sacrifice their lives for the independence of the country and welfare of the people. These conceptualisation is identified by using the Keywords Conceptual Theory and the concept of symbol in the novel Penyeberang Sempadan.
Keywords: symbols, keywords, conceptualisation, struggle, Penyeberang Sempadan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abu Hassan, M. M., & Seetha Raman, R. R. (2017). KONSEP PERJUANGAN ANWAR RIDHWAN DALAM NOVEL PENYEBERANG SEMPADAN: ANWAR RIDHWAN STRIVING CONCEPT IN PENYEBERANG SEMPADAN NOVEL. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 26(1), 141–166. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9699
Section
Articles