PERKEMBANGAN KELAS MENE

Main Article Content

Nawi Abdullah
Wan Ariffin Haji Wan Ahmad

Abstract

Perkembangan kelas menengah Melayu di Malaysia boleh dipecahkan kepada tiga peringkat utama. Peringkat pertama ialah perkembangan dan kedudukan kelas ini di dalam masyarakat Melayu tradisional, terutamanya kedudukan dan peranan mereka di dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan feudal. Peringkat kedua ialah kedudukan dan perkembangan kelas menengah Melayu semasa kolonial, terutamanya British. British, melalui dasar pendidikan, sosial, ekonomi, dan pentadbirannya yang dilaksanakan telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur dan kedudukan kelas menengah Melayu ketika itu. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sekali lagi berlaku perubahan di dalam struktur kelas di dalam masyarakat, terutamanya untuk memenuhi tuntutan kemerdekaan, lebih-lebih lagi selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Melalui perubahan masa dan sejarah, perubahan demi perubahan terus berlaku di dalam struktur kelas menengah di Malaysia amnya, dan kelas menengah Melayu khususnya. Perubahan dan perkembangan di dalam kelas menengah Melayu ini bukan sahaja berlaku dari aspek bilangan mereka, tetapi juga di dalam aspek-aspek lain, terutamanya peranan dan fungsi mereka di dalam masyarakat yang turut mengalami perubahan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdullah, N., & Haji Wan Ahmad, W. A. (2007). PERKEMBANGAN KELAS MENE. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 86–108. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9733
Section
Articles