TARBIAH ALAM DALAM NOVEL KOMSAS OVERREACH AND ENVIRONMENTAL

Main Article Content

Maisarah Yaacob
Maharam Mamat

Abstract

Karya yang berkualiti dikatakan mampu mentarbiah pembaca dan seterusnya melahirkan khalayak yang kamil. Dalam pendidikan, proses tarbiah yang berkesan mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir tentang kebaikan, kebenaran, kehalusan budi pekerti, kesantunan bahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan seterusnya menghargai kehidupan dan kemanusiaan. Kajian ini menganalisis tanggungjawab tarbiah manusia kepada alam dan sumbangan tarbiah alam kepada manusia dalam dua novel KOMSAS terpilih. Dua novel yang dianalisis berdasarkan konsep insan khalifah untuk mentarbiahkan manusia bersumberkan alam dan menggunakan teori Takmilah dan Kritikan Eko ialah novel Lestari Bukit Menghijau (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010) dan Kembara Amira (Amer Hamzah L. Kadir, 2010). Analisis ini melibatkan tanggungjawab tarbiah manusia terhadap alam dan mengenal pasti sumbangan tarbiah alam kepada manusia. Bersandarkan analisis terhadap kedua-dua novel ini didapati bahawa tanggungjawab tarbiah manusia terhadap alam boleh dilihat bersandarkan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam demi menjaga kelangsungan persekitaran walaupun dikekang dengan keperluan ekonomi seperti pembalakan dan perlombongan emas. Sumbangan tarbiah alam kepada manusia diperolehi daripada sumber perubatan, ekonomi, makanan, galian, flora dan fauna.



Kata kunci: Tarbiah, Teori Takmilah, novel KOMSAS, kritikan Eko.


An excellent masterpiece will be able to reach, tarbiah readers heart and teach them to be a perfect person in community.Educational process is considered successful if it can produce people who have good moral conduct such as thinking and applying truthfulness, generosity, politeness, strong will, artistic and appreciation of life and humanity. In two selected novels, this research is comparison of analysis toward responsibility of human education to our mother nature and vice versa.These two selected KOMSAS (novel) that had been analysed are Lestari Bukit Menghijau (Syed Mahadzir Syed Ibrahim, 2010) and Kembara Amira (Amer Hamzah L. Kadir, 2010) which are based on the leadership in human to train and educate them by the concept of environmental and nature using the ‘Takmilah Theory’and ecocriticism. This analysis is about responsibility. Either human’s responsibility toward the environmental or figuring out contributions of environment in human’s life. Based on this research,we can conclude that human’s responsibility towards nature can be seen by how community are struggling to save and take care upon nature despite the many obstacles and lack of fund and economy such as logging and gold. Last but not least, the contributions of nature towards human being can be found in many aspects such as medication,economy,food, mineral source and flora and fauna.



Keywords :Tarbiah, Takmilah Theory, KOMSAS, novel, ecocriticism.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yaacob, M., & Mamat, M. (2014). TARBIAH ALAM DALAM NOVEL KOMSAS: OVERREACH AND ENVIRONMENTAL. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 62–101. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9758
Section
Articles