Pembangunan Indeks Kecacatan Rumah Bagi Perumahan Teres

Main Article Content

Ishan Ismail
Adi Irfan Che-Ani
Norngainy Mohd Tawil
Mohd Zulhanif Abdul Razak
Hafsah Yahaya

Abstract

Kecacatan bangunan merupakan isu yang tidak asing lagi sejak kebelakangan ini walaupun industri pembinaan berkembang pesat dalam menghasilkan pelbagai binaan yang canggih dan berteknologi tinggi. Objektif penyelidikan adalah untuk membangunkan indeks kecacatan rumah (IKR) bagi perumahan teres melibatkan 72 buah rumah teres dua tingkat di Selangor. Kaedah penyelidikan melibatkan kerja ukur kondisi rumah yang terdiri daripada empat peringkat iaitu pemeriksaan Matriks Condition Survey Protocol (CSP) 1, pemeriksaan pra penyerahan (PDI), pemeriksaan pelanggan (CIF) dan tinjauan kepuasan pelanggan (CSS). Hasil analisis menunjukkan nilai IKR bagi IKRCSP1 adalah lebih tinggi daripada nilai IKRPDI manakala nilai IKRPDI adalah semakin tinggi daripada nilai IKRCIF. Penurunan nilai IKR bagi setiap pemeriksaan ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti mutu kerja setiap unit rumah yang diperiksa. Verifikasi terhadap nilai IKR yang dibentuk adalah signifikan terhadap tahap keseriusan kecacatan yang ditemui di setiap fasa pemeriksaan. Ini menunjukkan bahawa formula IKR yang dibentuk boleh digunapakai untuk menentukan IKR keseluruhan bagi projek perumahan. Oleh itu, hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak yang bertanggungjawab untuk menilai kualiti projek secara berkesan. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan rujukan kepada penyelidikan dan penilaian terhadap projek-projek seterusnya.
Katakunci: rumah, pemeriksaan bangunan, indeks kecacatan, ukur kondisi, Matriks CSP1

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles