Keberkesanan Perkhidmatan PSP dalam Kaedah CCC bagi Pensijilan Bangunan di Negeri-Negeri Maju di Malaysia

Main Article Content

Rohayati Zakaria
Adi Irfan Che Ani
Azlan Shah Ali

Abstract

Sebelum tahun 2007, bangunan yang telah siap dibina hanya boleh dimasuki atau diduduki apabila Sijil Kelayakan Menduduki
atau Certificate of Fitness (CF) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemaju atau pemilik. Kebiasaannya
pemaju mengalami kesukaran untuk mendapatkan CF kerana pelbagai sebab dan alasan. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah
memperkenalkan satu kaedah baru iaitu Certificate of Completion And Compliance (CCC) merupakan Sijil Perakuan yang
dikeluarkan oleh para Profesional yang dilantik. Di bawah kaedah CCC ini, para Profesional yang dimaksudkan adalah “Orang
Utama yang Mengemukakan Permohonan†atau dikenali sebagai Principle Submitting Person (PSP). Oleh itu, kertas ini
membincangkan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi perkhidmatan PSP dari aspek keselamatan dan keselesaan
bangunan yang dibina kerana PSP adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia sesuatu projek pembangunan di
peringkat sebelum, semasa dan selepas projek tersebut siap. Data kuantitatif diperolehi daripada 337 responden yang terdiri
daripada Arkitek-Arkitek di Negeri Selangor dan Melaka. Hasil analisis data menunjukkan enam pembolehubah yang perlu diberi
perhatian serius bagi PSP melaksanakan tugasnya dengan baik dan berkualiti. Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah
kredibiliti PSP, pengetahuan dan kepakaran PSP, akauntibiliti PSP, konflik kepentingan, sistem maklumat dan birokrasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles