Perubahan Personaliti Kesan Uslub Tabshir dan Indhar: Kajian Kes di Sekolah Henry Gurney (SHG)

Main Article Content

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin
Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang perubahan personaliti yang dialami oleh penghuni-penghuni Sekolah Henry Gurney yang terpilih sebagai responden kajian, hasil aplikasi uslub tabshir dan indhar dalam program pemulihan. Uslub tabshir yang dimaksudkan di dalam kertas kerja ini ialah semua perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada penghuni-penghuninya. Ia meliputi semua ganjaran yang diberikan oleh pihak sekolah sama ada secara verbal mahupun non-verbal untuk pembangunan akhlak penghuni-penghuni. Manakala uslub indhar pula ialah semua perkara yang boleh mendatangkan ketakutan, kedukaan dan keinsafan kepada mereka. Ia meliputi semua hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah sama ada secara verbal mahupun non-verbal. Perubahan personaliti responden pula dilihat dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Syed Bidin, S. N. B., & Haji Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2008). Perubahan Personaliti Kesan Uslub Tabshir dan Indhar: Kajian Kes di Sekolah Henry Gurney (SHG). Jurnal Usuluddin, 27, 41–59. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6328
Section
Articles