Pendekatan Individu dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun

Main Article Content

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Faridah Che Husain

Abstract

Situasi pelajar yang semakin tidak meminati mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah bukanlah satu topik yang baru untuk dibincangkan. Malah masalah ini sering menghantui pihak penggubal kurikulum Pendidikan Islam, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Selain daripada kurikulum Pendidikan Islam yang sering diubah, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan oleh guru juga menjadi tumpuan perbincangan. Lantaran itu, satu pendekatan yang dapat membantu dan memantapkan perkembangan pembelajaran pelajar perlu difikirkan bersama bagi mengatasi permasalahan yang telah dinyatakan di atas. Salah satu cara yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengoptimumkan kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan individu. Pendekatan ini diharapkan mampu untuk membentuk perubahan yang lebih positif mengikut perbezaan pelajar dan membantu merangsang perkembangan diri pelajar ke arah melahirkan insan yang mampu menjana tamadun ummah suatu hari nanti. Penulisan artikel ini bertujuan untuk mengupas tentang pendekatan individu melalui pengajaran guru dalam pengajaran Pendidikan Islamsupaya setiap pelajar berpeluang memperolehi kaedah pemindahan maklumat berdasarkan sifat-sifat diri yang mungkin berbeza daripada pelajar-pelajar yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
TENGKU KASIM, Tengku Sarina Aini; CHE HUSAIN, Faridah. Pendekatan Individu dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 27, p. 141-156, june 2008. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6360>. Date accessed: 09 dec. 2019.
Section
Articles