Kefahaman Ilahiyyat dalam Meningkatkan Profesionalisme Menurut Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani

Main Article Content

Faizuri Abd. Latif
Syed Muhammad Hilmi Syed Abdul Rahman

Abstract

Perbincangan untuk meningkatkan profesionalisme dalam pelbagai bidang yang diceburi sering mendapat tempat dalam pelbagai seminar dan forum. Pelbagai cadangan telah diutarakan dari banyak pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun individu bagi menyelesaikan isu tersebut. Ini kerana ketandusan profesionalisme dalam sesuatu bidang yang diceburi akan membantut usaha untuk mencapai pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kekosongan jiwa dan kekeringan akidah merupakan antara faktor utama kepada permasalahan tersebut. Justeru, artikel ini mendedahkan pendekatan salah seorang ulama Patani terkenal iaitu Syeikh Zainal Abidin al-Fatani yang terkenal dengan gelaran Tuan Minal bagi meningkatkan profesionalisme melalui pemahaman terhadap Ketuhanan (Ilahiyyat).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abd. Latif, F., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2008). Kefahaman Ilahiyyat dalam Meningkatkan Profesionalisme Menurut Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani. Jurnal Usuluddin, 28, 1–20. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6372
Section
Articles