Persepsi Graduan Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin Terhadap Akademi Pengajian Islam (1996 – 2002)

Main Article Content

Nor Aini Ali
Azizi Che Seman

Abstract

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) telah ditubuhkan semenjak 1981 dan telah mengeluarkan ribuan  graduan  Sarjana  Muda  Syariah  dan  Sarjana Muda Usuluddin. Pengalaman yang ditimba oleh graduan berkenaan sepanjang pengajian mereka telah membentuk persepsi  tertentu  terhadap  kursus  yang  diikuti.  Kertas ini cuba untuk menganalisis persepsi lepasan kedua-dua kursus pengajian tersebut. Kajian ini menggunakan soal selidik yang melibatkan 308 graduan APIUM dari tahun 1996-2002 yang dipilih berdasarkan kaedah rawak strata. Kandungan soal selidik merangkumi antara lain persepsi terhadap kurikulum yang telah diikuti, tempoh pengajian dan  reputasi  institusi  selain  daripada  bidang  kerjaya yang diceburi oleh graduan berkaitan. Sebahagian besar item soal selidik adalah berasaskan skala Likert 6 tahap. Secara keseluruhan kajian ini mendapati persepsi terhadap kurikulum adalah melebihi 4, sementara pandangan tentang kesesuaian tempoh pengajian untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang pengajian Islam atau bidang lain agak rendah (sekitar 3.3 – 3.7). Reputasi APIUM juga tidak dilihat sebagai faktor yang membantu untuk memperolehi pekerjaan yang sesuai. Walau bagaimanapun, skor berkaitan kebanggaan dan kepuasan sebagai graduan APIUM adalah tinggi (5.1 dan 4.8).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ali, N. A., & Che Seman, A. (2008). Persepsi Graduan Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin Terhadap Akademi Pengajian Islam (1996 – 2002). Jurnal Usuluddin, 28, 159–178. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7277
Section
Articles