Manhaj Al-Harakī Sayyid Muḥammad Nūḥ dalam Karya Āfāt ‘alā Al-Tarīq dan Pengaruhnya Terhadap Pas Negeri Kedah

Main Article Content

Muhammad Arif Yahya
Muhamad Alihanafiah Norasid
Khadher Ahmad
Ishak Suliaman

Abstract

Manhaj al-Ḥarakī merupakan aliran pemikiran yang berasaskan kepada dakwah dan tarbiah dan telah wujud secara praktikalnya dalam pendekatan dakwah para sahabat generasi awal Islam. Namun dari penjenamaan terma istilahnya, manhaj al-ḥarakī mula dipopularkan pada abad ke 20 terutamanya oleh gerakan Islam moden. Manhaj ini banyak digunakan oleh sarjana-sarjana Islam semasa yang terlibat secara langsung dalam gerakan Islam sebagai pendekatan dalam penulisan karya-karya mereka. Sayyid Muḥammad Nūḥ merupakan salah seorang sarjana Islam moden yang menggunakan manhaj ini melalui karya beliau, iaitu Āfāt ‘alā al-Ṭarīq. Karya ini dirujuki oleh gerakan dakwah semasa, terutamanya gerakan dakwah yang menggunakan pendekatan dakwah Ikhwan Muslimin. Kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq merupakan di antara kitab rujukan yang tersenarai dalam Wikipedia al-Ikhwan al-Muslimun yang merupakan laman rasmi dan mengandungi bahan rujukan tarbiah Ikhwan Muslimin. Di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti politik juga berfungsi sebagai sebuah gerakan dakwah dan sering kali disebut pendekatannya selari dengan dakwah Ikhwan Muslimin. Di samping politik yang diperjuangkan oleh PAS, peranan tarbiah turut ditekankan dalam parti ini. Kitab Āfāt ‘alā al-Ṭarīq merupakan di antara kitab dan bahan tarbiah yang digunakan oleh PAS Kedah sebagai teks usrah bulanan mereka. Justeru, artikel ini mengkaji pengaruh manhaj al- ḥarakī karya Sayyid Muḥammad Nūḥ terhadap PAS Kedah secara khususnya. Artikel ini memfokuskan kajian terhadap kitab Āfāt ‘alā al- Ṭarīq terhadap PAS Kedah yang telah memulakan usaha terjemahan ini sejak dari zaman kepimpinan Fadzil Mohd Noor lagi dan terjemahan karya tersebut merupakan cadangan daripada beliau sendiri untuk diguna pakai sebagai salah satu silibus usrah PAS negeri Kedah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yahya, M. A., Norasid, M. A., Ahmad, K., & Suliaman, I. (2013). Manhaj Al-Harakī Sayyid Muḥammad Nūḥ dalam Karya Āfāt ‘alā Al-Tarīq dan Pengaruhnya Terhadap Pas Negeri Kedah. Jurnal Usuluddin, 38, 51–82. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7467
Section
Articles