Peranan Pemimpin dalam Pelaksanaan Etika Kerja Islam: Kajian Kes di Johor Corporation (Jcorp)

Main Article Content

Siti Arni Basir
Nurul Syafiyah Mohd Noor
Mohamad Zaidi Abd Rahman
Monika @ Munirah Abd Razzak.

Abstract

Pelaksanaan etika kerja Islam di mana-mana organisasi memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuklah kerjasama daripada pihak pemimpin organisasi. Pemimpin memainkan peranan kepimpinan iaitu kebolehan untuk membawa bersama-sama semua ahli organisasi untuk bekerjasama secara sukarela ke arah pencapaian matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Walaupun banyak kajian mengenai etika kerja Islam telah dijalankan oleh sarjana terdahulu, tetapi kajian mengenai peranan pemimpin dalam pelaksanaan etika kerja Islam masih amat kurang dijalankan. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti dan mengkaji tentang peranan pemimpin dalam pelaksanaan etika kerja Islam di Malaysia. Organisasi yang dipilih untuk kajian ini ialah Johor Corporation atau JCorp. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan dokumen sebagai sumber utama data. Laporan-laporan Tahunan JCorp, buku terbaru dan keratan-keratan akhbar yang ditulis oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp merupakan dokumendokumen yang dirujuk dalam kajian ini. Metod analisis tematik telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Melalui kaedah ini, tema-tema mengenai peranan pemimpin dalam pelaksanaan etika kerja Islam di JCorp telah ditemui dan dibincangkan secara menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan pemimpin organisasi korporat JCorp telah memainkan 6 peranan penting dalam perlaksanaan etika kerja Islam. 6 peranan tersebut ialah berkenaan dengan latihan, komunikasi, pembuatan keputusan, pemantauan, sistem ganjaran dan persekitaran. Kesemua 6 peranan tersebut telah berfungsi sebagai faktor pemangkin yang menyuburkan pelaksanaan etika kerja Islam di JCorp. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pemimpin organisasi korporat lain di Malaysia dalam usaha mereka untuk melaksanakan etika kerja Islam secara efektif di organisasi masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Basir, S. A., Mohd Noor, N. S., Abd Rahman, M. Z., & Abd Razzak., M. @ M. (2016). Peranan Pemimpin dalam Pelaksanaan Etika Kerja Islam: Kajian Kes di Johor Corporation (Jcorp). Jurnal Usuluddin, 44, 45–84. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.3
Section
Articles