ALGEBRAIC THINKING IN PRIMARY SCHOOLS: AN INSTRUMENT VALIDATION USING PLS-SEM

Main Article Content

Piriya Somasundram
Sharifah Norul Akmar
Leong Kwan Eu

Abstract

Sejak tahun 2000, bidang pemikiran algebra dalam kalangan murid sekolah rendah semakin mendapat perhatian daripada penyelidik pendidikan matematik. Pemikiran algebra merangkumi tiga topik yang utama; iaitu aritmetik umum, pemodelan dan fungsi. Dengan mengambil kira evolusi ini, instrumen untuk mengukur pemikiran algebra murid sekolah rendah adalah amat penting. Oleh itu, kajian ini bertujuan mentaksir ujian diagnostik pemikiran algebra dari aspek kesahan konstruk dengan menggunakan kaedah Model Separa Kuasa Dua Terkecil- Pemodelan Persamaan Struktural (PLSSEM). Ujian diagnostik ini ditadbir kepada 539 murid Tahun Lima di suatu daerah di Melaka. Sampel kajian terdiri daripada 51% murid lelaki dan 49% murid perempuan. Model formatif-formatif telah digunakan. Ketiga-tiga konstruk pemikiran algebra telah ditaksir dan ditentukan kesahannya melalui pendekatan dua-peringkat. Penilaian model komponen lower-order mengesahkan bahawa tiada isu multikolineariti antara indikator. Penilaian model komponen higher-order mengesahkan bahawa tiada isu multikolineariti antara konstruk. Dapatan kajian ini menunjukkan ujian diagnostik ini boleh digunakan untuk mentaksir tahap pemikiran algebra murid Tahun Lima. Ujian ini juga boleh digunakan sebagai kajian masa depan yang bertujuan mengukur pemikiran algebra murid Tahun Lima. Selain itu, ujian ini juga mengenalpasti konstruk yang berkaitan dengan kandungan pemikiran algebra yang boleh digunakan oleh pendidik dalam kelas pengajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles