Dialogues of Civilizations after 9/11 with Specific Reference to the West-Islam Cultural Divide: Promises and Obstacles

Authors

  • Osman Bakar

Abstract

Tujuan utama kertas ini ialah untuk membincangkan beberapa aspek berkaitan dengan isu dialog antara Islam dan dunia Barat. Perbincangan tertumpu pada dialog selepas peristiwa 11 September. Kertas ini cuba menjawab beberapa menjawab beberapa soalan berhubung dengan dialog antara Islam dan Barat. Soalan pertama, apakah kesan peristiwa 11 September ke atas hubungan masa kini dan masa depan antara dua ‘kelompok’ besar dunia ini? Soalan kedua, apakah kesan peristiwa tersebut dan perkembangan-perkembangan berikutnya ke atas dialog antara Islam dan Barat yang sudah banyak berlaku sebelum peristiwa itu? Dalam memberi jawapan kepada soalan ini, penulis menjelaskan bahawa pada mulanya peristiwa itu telah menyebabkan dialog antara agama dan dialog antara peradaban banyak berkurang. Tetapi mulai tahun 2003 aktiviti dialog berkembang dan berambah sehingga menjadi lebih rancak berbanding dengan sebelum 11 September. Penulis juga menarik perhatian kepada pelbagai rintangan terhadap dialog yang berpunca daripada golongan ekstremis di kedua-dua belah pihak. Bagi mengakhiri tulisannya, penulis cuba menjawab soalan ketiga dan terakhir, iaitu apakah yang perlu dilakukan demi memajukan lagi dialog antara Islam dan Barat dan demi mematahkan rintangan-rintangan besar terhadap dialog. Sebelum menjawab ketiga-tiga soalan, penulis terlebih dahulu membangkitkan beberapa isu dan kesulitan yang berpunca daripada pengguna frasa ‘Islam dan dunia Barat’.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-01-17

How to Cite

Bakar, O. (2018). Dialogues of Civilizations after 9/11 with Specific Reference to the West-Islam Cultural Divide: Promises and Obstacles. KATHA- The Official Journal of the Centre for Civilisational Dialogue, 3(1), 19–30. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/KATHA/article/view/10573

Issue

Section

Research Article