Islamic Mobilization and the Malaysian State

Authors

  • Julie Chernov Hwang

Abstract

Tujuan utama makalah ini ialah untuk menunjukkan bahawa Malaysia merupakan contoh baik negara di mana kumpulan-kumpulan Islam menggunakan pendekatan dan saluran keamanan bagi mencapai objektif masing-masing. Kajian ini menunjukkan bahawa negara memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana keamanan ini. Menerusi polisi-polisi dan institusi-institusi yang berfungsi, pihak pemerintah di Malaysia dilihat sebagai mempunyai kesediaan dan keupayaan untuk menggalakkan kumpulan-kumpulan Islam bergerak secara aman dan menjauhkan diri daripada keganasan. Khususnya, menerusi kajianya ini, penulis menghujahkan bahawa negara Malaysia telah berjaya merangsangkan pengelolaan aktiviti Islam secara aman dengan cara [1] menyediakan ruang untuk partisipasi politik menerusi saluran keinstitusian; [2] memelihara undang-undang dan ketenteraman di wilayah-wilayahnya; dan [3] memastikan banyak peluang pendidikan dan pembasmian kemiskinan. Dalam makalah ini, penulis akan membincangkan secara terperinci peranan pemerintah Malaysia dalam merealisasikan ketiga-tiga cara tersebut di atas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-01-17

How to Cite

Hwang, J. C. (2018). Islamic Mobilization and the Malaysian State. KATHA- The Official Journal of the Centre for Civilisational Dialogue, 3(1), 45–64. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/KATHA/article/view/10575

Issue

Section

Research Article