PEMETAAN TITIK PANAS BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR

PEMETAAN TITIK PANAS BANJIR

Authors

  • Safiah Yusmah Muhammad Yusoff & Rafidah Thomas

Keywords:

banjir kilat, kuala lumpur, pemetaan banjir, sistem maklumat (GIS), titik panas banjir

Abstract

Banjir kilat adalah suatu bencana alam yang bukan sahaja menyebabkan banyak kerugian kepada setiap individu, tetapi juga kepada masyarakat dan kerajaan. Banjir kilat berlaku dalam tempoh tiga hingga empat jam hujan turun yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas. Kerosakan tersebut berlaku kerana banjir kilat ini sukar untuk diramalkan serta sukar untuk memberi amaran supaya penduduk dapat berjaga-jaga. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menghuraikan fenomena banjir kilat dengan menggunakan Aplikasi GIS melalui analisis penampan dan interpolasi. Analisis data dijalankan dengan menggunakan data yang diperoleh daripada JPS, DBKL dan JUPEM. Kajian ini mendapati bahawa banjir kilat kerap berlaku di Kuala Lumpur sepanjang tahun 2012 sehingga 2018. Kawasan titik panas banjir kilat adalah di kawasan sekitar Jalan Kolam Air dan Kolej Multimedia TM. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa kawasan bahagian utara Kuala Lumpur mempunyai rekod kejadian banjir yang banyak berbanding bahagian selatan Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan oleh faktor cuaca dan sistem saliran yang tidak sistematik. Tambahan lagi, kawasan tersebut mempunyai faktor-faktor tersendiri sama ada berpunca daripada manusia mahupun secara semula jadi. Banjir kilat yang kerap berlaku di Kuala Lumpur menyebabkan pentingnya penggunaan GIS dalam mengatasi masalah ini. GIS digunakan untuk menghasilkan peta lokasi titik panas banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur. Pemetaan ini melibatkan teknik yang menggunakan data ruangan bagi setiap kawasan di Kuala Lumpur. Melalui pemetaan kawasan banjir kilat, kejadian banjir yang paling dasyat sepanjang tahun 2012 hingga 2018 dapat dikenalpasti dan membantu pihak bertanggung jawab menguruskan fenomena banjir kilat yang sering berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2021-12-31