PENGARUH EL NIÑO-SOUTHERN OSCILLATION (ENSO) TERHADAP CUACA: SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK BERASASKAN PANGKALAN DATA SCOPUS

Authors

  • Mohd Hashiq Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Hairy Ibrahim Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

ENSO, tinjauan literatur sistematik, PICO, SST, PRISMA

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh fenomena iklim El Niño–Southern Oscillation (ENSO) terhadap keadaan cuaca, khususnya suhu dan hujan, melalui kaedah tinjauan literatur sistematik. Persoalan kajian ini dibentuk berdasarkan kerangka PICO (Population, Intervention, Comparison, Outcomes) dan seterusnya disokong oleh penggunaan Systematic Searching Strategies (SSS) bagi membentuk kriteria pencarian yang terfokus di pangkalan data Scopus. Sebanyak 174 artikel telah disaring, dan 17 artikel telah dipilih untuk dianalisis menggunakan carta alir PRISMA. Berdasarkan artikel-artikel tersebut, satu jadual sistematik telah dibentuk yang menekankan isu kajian, jurang penyelidikan, metodologi serta dapatan utama. Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa fenomena ENSO mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap corak cuaca di pelbagai lokasi, namun sifatnya adalah dinamik dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-12-2025

How to Cite

Mohd Hashiq Hashim, & Mohd Hairy Ibrahim. (2025). PENGARUH EL NIÑO-SOUTHERN OSCILLATION (ENSO) TERHADAP CUACA: SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK BERASASKAN PANGKALAN DATA SCOPUS. Malaysian Journal of Tropical Geography (MJTG), 51(2), 98–108. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/MJTG/article/view/67306