MEMAHAMI KESAN PEMBANGUNAN LEBUHRAYA TERHADAP AKTIVITI GUNATANAH DI SEKITARNYA: SATU ANALISIS SOROTAN LITERATUR
UNDERSTANDING THE IMPACT OF HIGHWAY DEVELOPMENT ON SURROUNDING LAND USE ACTIVITIES: A LITERATURE REVIEW ANALYSIS
Keywords:
Pembangunan lebuhraya, gunatanah, pembangunan, pertumbuhan ekonomi, pembangunan kawasan, akses pengangkutanAbstract
Pembangunan lebuhraya mendatangkan kesan yang signifikan terhadap aktiviti penggunaan tanah di kawasan sekitarnya dengan memacu perubahan besar dalam corak penggunaan tanah dan pembangunan. Dengan adanya pembangunan lebuhraya, ianya sering kali menjadi pemacu utama bagi transformasi kawasan sekitar yang sebelum ini merupakan tanah pertanian ataupun hutan, menjadi kawasan komersial, perumahan, mahupun perindustrian. Proses ini meningkatkan peluang ekonomi dengan menyediakan akses yang lebih baik dan kemudahan pengangkutan yang lebih efisien, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi dan perkembangan kawasan tersebut. Penulisan ini adalah satu analisis sorotan literatur yang akan memberikan pemahaman yang mendalam berkenaan dengan kesan pembangunan lebuhraya terhadap aktiviti gunatanah di sekitarnya menerusi gabungan pelbagai kajian luar mahupun tempatan. Ekoran daripada itu, analisis sorotan literatur sebegini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan khususnya dalam menjadi panduan kepada pelajar, pembuat polisi, para akademik bagi mengetahui kesan pembangunan lebuhraya terhadap aktiviti gunatanah di sekitarnya.








