Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian di SMKA Negeri Melaka

Main Article Content

Mohd Fauzi Hamat
Wan Suhaimi Wan Abdullah
Azizi Che Seman
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman
Faizuri Abd Latif
Faridah Che Husin

Abstract

Pemikiran kritis merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di semua peringkat. Ini penting bagi mempastikan pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi alaf baru. Kurikulum pengajian yang hanya sekadar menekankan proses pengajaran dan pembelajaran berbentuk fakta atau isi semasa semata-mata kurang relevan dalam konteks hari ini. Sebaliknya, relevansi dan fokus pengisian proses pengajaran dan pembelajaran perlu melampaui penguasaan kemahiran asas dan pengetahuan dengan mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penerapan pemikiran kritis perlu dilakukan di peringkat awal, iaitu alam persekolahan khususnya di peringkat Sekolah Menengah. Tambahan pula usaha untuk melahirkan pelajar yang serba boleh dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif merupakan sebahagian daripada matlamat utama yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pemikiran kritis yang ingin direalisasikan merupakan kunci kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Makalah ni akan membincangkan penerapan pemikiran kritis dalam subjek Pendidikan Islam (Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Qur'an dan al-Sunnah) di SMKA di Melaka. Sampel data yang akan dianalisis ialah berdasarkan borang soal selidik yang diambil daripada responden di dua buah sekolah iaitu SMKA: Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka dan SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka. la merupakan laporan sebahagian dari penyelidikan yang bertajuk "Kaedah Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Di Semenanjung Malaysia". Kajian mendapati secara umumnya, tahap penerapan kemahiran menganalisis di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima di kedua-dua buah sekolah yang dikaji adalah agak tinggi (min = 4.13 untuk kemahiran menganalisis, 4.13 untuk kemahiran sintesis dan 4.16 untuk kemahiran menilai). Walau bagaimanapun perbezaan yang signifikan dalam skor ini hanya disumbangkan oleh faktor jantina dan tingkatan pelajar sahaja selain sebahagian daripada aliran, tempat tinggal keluarga pelajar dan pekerjaan bapa pelajar. Faktor-faktor lain tidak menyumbangkan kepada sebarang perbezaan yang signifikan dalam skor ini. Analisis korelasi pula menunjukkan hubungan yang signifikan yang agak tinggi di antara ketiga-tiga konstruk yang dikaji. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hamat, M. F., Wan Abdullah, W. S., Che Seman, A., Tengku Kasim, T. S. A., Syed Abdul Rahman, S. M. H., Abd Latif, F., & Che Husin, F. (2007). Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian di SMKA Negeri Melaka. Afkar: Jurnal Akidah &Amp; Pemikiran Islam, 8(1), 207–240. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5900
Section
Article

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>