KEPIMPINAN TRADISIONAL MALAYSIA DALAM SISTEM KERAJAAN MONARKI BERPARLIMEN
Main Article Content
Abstract
Mengikut sejarah, semua negeri di Semenanjung Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan monarki secara mutlak. Pada 31 ogos 1957 perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dikuat kuasakan dan sistem Raja Berperlembagaan telah diwujudkan di mana rakyat diberi kuasa untuk mencipta undang-undang dan membina polisi untuk negara, berkuasa dalam sistem pengadilan dalam Kehakiman dan Kuasa Eksekutif untuk mentadbir negara dalam cabinet. Selain itu perlembagaan juga telah mentakrif peranan sultan dan Yang di-Pertuan Agong di pihak berkuasa kerajaan dan hanya akan bertindak atas nasihat eksekutif politik yang dipilih, dalam hal ini Perdana Menteri. Walaupunbagaimanapun terdapat insiden yang terjadi yang memperlihatkan campur tangan pihak istana. Hal ini jelas dapat dilihat dalam penyelesaian isu pelantikan Menteri Besar Perlis, Perak dan Terengganu selepas pilihanraya umum 2008. Perlembagaan setiap negeri telah menetapkan adalah tertakluk kepada budi bicara Sultan untuk melantik Menteri Besar. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis campur tangan istana dalam politik dan perlembagaan dengan menggunakan kaedah perbandingan dalam penyelesaian isu pelantikan Menteri Besar Perlis, Perak dan Terengganu. Dapatan kajian mendapati keadaan di Perlis,Perak dan Terengganu memberikan penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak meskipun terdapat implikasi terhadap prinsip demokratik yang ketat. Kajian ini merumuskan bahawa Kita harus memperakui bahawa Sultan adalah bukan sekadar simbol kedaulatan negara tetapi Baginda juga merupakan ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan. Baginda juga adalah pemimpin tertinggi dan pelindung bagi rakyat jelata. Tempoh jawatan tersebut kekal sehingga Sultan mangkat atau melepaskan kuasa Baginda. Semua Wakil Rakyat yang dipilih dianggap sebagai rakyat dan berada di bawah taklukan jajahannya. Mungkin apa-apa yang disifatkan sebagai "menderhaka" itu adalah jika menentang hasrat baginda yang selaras dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.