PERSPEKTIF M.B. HOOKER TENTANG ADAT MELAYU
Main Article Content
Abstract
Adat merupakan kebiasaan hidup masyarakat. Biasanya adat yang diamalkan mempunyai hubungan yang erat dengan pegangan agama masyarakat. Dalam masyarakat Islam, adat dipengaruhi oleh syariat. Namun, M.B Hooker menerusi penulisannya mendakwa adat Melayu merupakan suatu perkara yang terpisah dengan syariat. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti perspektif Hooker terhadap adat Melayu khususnya adat perpatih dan hubungannya dengan syariat Islam. Bagi mencapai objektif yang digariskan, kajian ini sepenuhnya dijalankan melalui pendekatan perpustakaan. Data-data kualitatif dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati Hooker berpandangan wujudnya pertentangan antara adat Melayu dengan Syariat. Sedangkan hakikatnya, adat Melayu merupakan suatu amalan yang bersendikan syariat. Kegagalan untuk memahami adat Melayu adalah bertitik tolak daripada penilaian mereka tentang adat Melayu yang mengguna pakai kaca mata berpusatkan Barat.