PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM SEJAMBAK BAKTI

  • Hasrina Baharum Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia
  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia
  • Nordiana Hamzah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia
  • Ariff Mohamad Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak, Malaysia

Abstract

Pendidikan kepelbagaian budaya merujuk kepada usaha mendidik pelajar untuk mengambil peduli dan seterusnya memahami perbezaan budaya dalam kalangan mereka bagi mewujudkan suatu hubungan yang harmoni dan sikap saling menghormati. Dalam usaha menyemai pendidikan kepelbagaian budaya, novel ini dilihat sebagai suatu sumber unsur pendidikan kepelbagaian budaya yang boleh menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di Malaysia. Walaupun begitu, kesusasteraan pelbagai budaya mempunyai takrifannya yang tersendiri. Makalah ini membincangkan keupayan novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I. novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 1 sebagai sumber kesusasteraan pelbagai budaya dalam menyemai pendidikan kepelbagaian budaya untuk pelajar. Kajian ini bertujuan menentukan sama ada novel Sejambak Bakti termasuk dalam kategori kesusasteraan pelbagai budaya mengikut tafsiran tokoh-tokoh pendidikan kepelbagaian budaya terpilih. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur kepelbagaian budaya yang terdapat dalam teks tersebut. Perbincangan ini bertitik tolak daripada Teori Struktural dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian ini penting dalam memberi takrifan semula terhadap kesusasteraan pelbagai budaya dalam konteks yang lebih realisitik terutamanya dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia yang rata-rata didominasi oleh kaum majoriti.

Published
2018-09-24
How to Cite
BAHARUM, Hasrina et al. PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM SEJAMBAK BAKTI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 210-232, sep. 2018. ISSN 2637-0751. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13390>. Date accessed: 22 mar. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.