CERITA JENAKA MELAYU SUATU MANIFESTASI WATAK DAN PERWATAKAN POSITIF

  • Muhammad Safuan Ismail Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, 43400 Selangor, Malaysia
  • Roslina Abu Bakar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, 43400 Selangor, Malaysia
  • Nik Rafidah Nik Muhamad Effendy Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, 43400 Selangor, Malaysia

Abstract

Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu daripada jenis cerita rakyat yang memaparkan watak dan perwatakan lucu sehingga menghiburkan audiens. Kajian terdahulu mengenai cerita jenaka Melayu menghasilkan tanggapan bahawa masyarakat Melayu dianggap lurus, jumud, bodoh, taat pada raja secara membuta tuli, tidak bertamadun, tidak pandai berfikir. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menyanggah pendapat tersebut dan membuktikan bahawa cerita jenaka Melayu ditunjangi oleh watak dan perwatakan positif seperti ringan tulang, menurut perintah, berani dan berdikari. Kajian ini merujuk kepada sumber primer iaitu cerita jenaka Melayu bertajuk Awang Lurus, Pak Pandir, Pak Kaduk dan Si Luncai. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan positif yang terkandung dalam cerita jenaka Melayu. Kedua, menganalisis watak dan perwatakan positif berdasarkan pendekatan Psikologi Humanistik. Penganalisisan adalah mengaplikasikan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan yang disesuaikan dengan lima prinsip pendekatan Psikologi Humanistik iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan akan harga diri dan keperluan mencapai kesempurnaan diri.


 

Published
2018-09-24
How to Cite
ISMAIL, Muhammad Safuan; ABU BAKAR, Roslina; NIK MUHAMAD EFFENDY, Nik Rafidah. CERITA JENAKA MELAYU SUATU MANIFESTASI WATAK DAN PERWATAKAN POSITIF. JURNAL MELAYU SEDUNIA, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 296 - 329, sep. 2018. ISSN 2637-0751. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13409>. Date accessed: 22 mar. 2019.

Most read articles by the same author(s)

Obs.: This plugin requires at least one statistics/report plugin to be enabled. If your statistics plugins provide more than one metric then please also select a main metric on the admin's site settings page and/or on the journal manager's settings pages.