BANGSA MELAYU, KRISIS ILMU DAN REVOLUSI PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI JALAN PENCERAHAN

Authors

  • Abdul Razak Ahmad Binjai 8 Premium SOHO, Lorong Binjai 50450 Kuala Lumpur

Keywords:

Bangsa Melayu, Krisis Ilmu, Menyantuni Ilmu, Sistem Pendidikan Islam

Abstract

Perbincangan ini bertujuan untuk mengkaji krisis ilmu yang dihadapi oleh bangsa Melayu dan bagaimanakah sistem pendidikan Islam boleh menjadi lonjakan bagi mengatasinya. Objektif utama kajian ini ialah untuk menegaskan bahawa krisis sebenar yang mendepani bangsa Melayu di Malaysia adalah krisis ilmu atau ‘the crisis of knowledge’ dan bukannya identiti mahupun kesusutan kuasa politik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan rujukan sumber ‘secondary’ secara komprehensif. Ia di nilai tambah melalui pemerhatian dan kajian kes tertentu. Penemuan utama kajian ini ialah betapa potensi pendidikan Islam di negara ini sangat kurang terbangun. Justeru jika institusi pendidikan Islam di Malaysia direkayasa dan diberikan wajah baharu, maka krisis ilmu di kalangan bangsa Melayu akan dapat di atasi walaupun secara tidak menyeluruh. Kajian ini memberi pandangan alternatif kepada kepercayaan bahawa kedudukan, maruah dan pengaruh bangsa Melayu sebagai bangsa teras akan terancam jika kedudukan politik dan identiti bangsa Melayu itu terhakis. Sebaliknya, ancaman paling besar kepada survival, kedudukan dan kebolehsaingan bangsa Melayu ialah krisis ilmu yang dihadapinya. Tanpa tradisi dan pembudayaan ilmu, kekuatan intelektual bangsa Melayu akan terencat dan pembangunan bangsa akan menjadi kurang progresif. Justeru, sebagai jalan pencerahan kepada Bangsa Melayu, kajian ini menegaskan bahawa revolusi Pendidikan Islam di negara perlu dilakukan dengan sistematik dan radikal sekali gus keluar daripada zon selesa dan pendekatan yang bersifat romantisme. Revolusi ini melibatkan beberapa perubahan paradigma seperti pindaan perlembagaan, pemugaran visi, pengadaptasian dan kemajuan teknologi, pemerkasaan guru, pengaplikasian pedagogi moden dan pembangunan sistem pendidikan Islam berdasarkan model kompetensi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-27