PELESTARIAN SYAIR MENERUSI PROGRAM TELEVISYEN ‘PUISI NUSANTARA’ DI MUSIM PANDEMIK COVID-19

Main Article Content

Shafa'Atussara Silahudin

Abstract

Kajian ini melihat usaha pelestarian syair yang dilakukan oleh sebuah produksi tempatan iaitu Artwerk Production Sdn. Bhd. menerusi program ‘Puisi Nusantara’. Program ini disiarkan di saluran televisyen tempatan di musim pandemik COVID-19. Sebagai pengenalan ringkas, syair merupakan puisi Melayu tradisional yang telah lama wujud dalam dunia Melayu. Dengan perkembangan teknologi pada hari ini, puisi syair dapat disebarkan kepada masyarakat secara lebih meluas. Buat pertama kali, usaha pelestarian syair dilakukan menerusi program televisyen ‘Puisi Nusantara’. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengetahui pengisian program berkaitan syair yang disiarkan untuk tontonan umum. Kajian ini menggunakan tiga kaedah penyelidikan. Pertama, menerusi pemerhatian peserta (participant observation) di lapangan. Penyelidik yang juga hos program ‘Puisi Nusantara’ mengambil peluang mengumpul data sewaktu di lapangan. Kaedah kedua ialah temuduga. Penyelidik menghampiri beberapa orang tokoh dan pendendang syair dari Malaysia dan Indonesia untuk mendengar pengalaman mereka terlibat dalam usaha pelestarian syair. Kaedah ketiga ialah analisis teks dan audiovisual. Teks yang dirujuk ialah skrip yang disediakan oleh penulis skrip yang juga pengarah program, manakala audiovisual ialah rakaman video sewaktu di lapangan. Hasil kajian dibincangkan menerusi dua perkara. Pertama, pengenalan puisi tradisional syair dalam program ‘Puisi Nusantara’. Kedua, elemen persembahan dendangan syair. Berdasarkan maklum balas yang diterima, program ini telah memberi impak yang baik kepada penonton meskipun terdapat beberapa kekurangan dalam pengisiannya. Penyelidik mencadangkan kekurangan ini boleh diatasi dalam kajian-kajian lanjut mengenai syair dan dalam bengkel pembelajaran syair.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Silahudin, S. (2021). PELESTARIAN SYAIR MENERUSI PROGRAM TELEVISYEN ‘PUISI NUSANTARA’ DI MUSIM PANDEMIK COVID-19. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 148–172. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34276
Section
Articles