NILAI ESTETIKA SENI DIKIR BURDAH DI KAMPUNG HULU, SRI AMAN, SARAWAK
Main Article Content
Abstract
Kajian ini membincangkan nilai estetika seni Dikir Burdah yang terdapat di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa nilai estetika yang terdapat Dikir Burdah yang dijalankan di Kampung Hulu, Sri Aman, Sarawak. Kajian ini adalah sebuah kajian analisis isi kandungan melalui metod kepustakaan dan temubual melalui kerja lapangan dibuat secara deskriptif berdasarkan nilai-nilai estetika yang terdapat dalam seni persembahan Dikir Burdah. Terdapat tiga objektif kajian ini, iaitu menilai estetika, kedua, menganalisis peranan dan fungsi Dikir Burdah dalam membentuk budaya masyarakat setempat dan ketiga, merumuskan strategi yang diambil oleh agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan bagi memastikan nilai estetika seni Dikir Burdah ini terpelihara dan diperkembangkan. Perubahan paradigma diperlukan demi memastikan warisan tradisi seni persembahan Dikir Burdah ini terus relevan dalam meredah arus teknologi moden namun pada masa yang sama, nilai-nilai estetika dalam persembahannya tetap perlu dikekalkan.