‘AWANG KEBUNCUAN ISI BUKIT PARAI AMAS’: SIRAM (CERITA LIPUR LARA) PUAK DUSUN DI BRUNEI

Main Article Content

Maslin Bin Haji Jukim

Abstract

Kajian ini meneliti tentang cerita lipur lara dalam korpus Kesusasteraan Melayu Tradisional Brunei. Cerita lipur yang dimaksudkan ialah daripada Puak Dusun di Brunei yang menyebutnya sebagai ‘siram’. Bahan penelitian tertumpu pada siram “Awang Kebuncuan Isi Bukit Parai Amas”. Bahan ini diperolehi melalui metodologi kerja lapangan (fieldwork) yang melibatkan aktiviti rakaman, transkripsi dan terjemahan daripada pencerita yang dipilih, Dayang Sipat Binti Tunggong. Beliau berkedudukan sebagai balian dalam upacara temarok puak Dusun di Brunei. Penelitian ini mempunyai objektif untuk menstruktur unsur naratif siram ini dan untuk memperlihatkan pengisian cerita setiap plot siram ini sejajar dengan pembahagian plot umum cerita lipur lara. Oleh itu, fokus penelitian ini ialah unsur plot sahaja dengan menggunakan pendekatan struktural. Dapatan penelitian memperlihatkan adanya kelainan yang mengisi struktur plot siram ini dan sekali gus mempersoalkan tentang sifat dongeng dan sakralnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Haji Jukim, M. B. . (2021). ‘AWANG KEBUNCUAN ISI BUKIT PARAI AMAS’: SIRAM (CERITA LIPUR LARA) PUAK DUSUN DI BRUNEI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 230–258. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34281
Section
Articles