KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PENCAPAIAN TAHAP AKADEMIK MURID

Main Article Content

Siti Hawa Dalila Binti Mohd Shukri
Marzudi Md Yunus

Abstract

Pendidikan merupakan salah satu cabang sosial yang penting dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan munculnya wabak COVID-19 telah menjejaskan keseluruhan institusi pendidikan iaitu kelas tradisional telah digantikan dengan kelas dalam talian. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan terhadap tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid kerana terdapat pelbagai cabaran dan halangan seperti motivasi murid, masalah akses internet, dan kekurangan bahan belajar. Kajian ini menganalisis apakah tahap pencapaian akademik murid sebelum dan semasa pandemik COVID-19 iaitu ketika kelas secara tradisional, guru – guru memfokuskan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada murid secara “one-to-one” akan tetapi didalam kelas dalam talian guru perlu menyelaraskan proses pengajaran secara sama rata tanpa mengambil kira tahap murid. Kaedah penyelidikan ini menggunakan keadah kuantitatif dan kualitatif iaitu crosstabulation dari Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kajian bandingan dan kaedah kualitatif yang digunakan adalah pemerhatian dan temubual guru – guru dijalankan untuk mendapatkan keesahan dapatan analisis. Hasil kajian menunjukkan tahap pencapaian akademik murid di dalam kelas dipengaruhi oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran guru manakala peningkatan tahap akademik murid ketika kelas dalam talian disebabkan oleh kemudahan akses internet, dorongan ibu bapa dan motivasi untuk meneroka ilmu baharu menggunakan pendekatan pendidikan abad ke-21 iaitu dengan penggunaan teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Binti Mohd Shukri, S. H. D. ., & Md Yunus, M. (2021). KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PENCAPAIAN TAHAP AKADEMIK MURID. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 313–343. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34295
Section
Articles