Japan Self-Defense Forces: Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa

Main Article Content

Mohd Ikbal Mohd Huda
Ahmed Syam Che Kub

Abstract

Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) merupakan angkatan pertahanan diri nasional Jepun pasca Perang Dunia Ke-2.  Penyertaan JSDF dalam misi penjaga perdamaian PBB adalah salah satu usaha diplomatik Jepun dalam menyumbang kepada keamanan dunia dan keamanan kolektif. Walaupun Jepun masih tertakluk kepada keraguan militerisme masyarakat tempatan dan antarabangsa, ia sentiasa berusaha untuk menyumbang kepada negara-negara lain yang amat memerlukan peningkatan dalam kualiti kehidupan seperti yang ditetapkan di bawah Matlamat Millennium Development Goals. Artikel ini juga menganalisis halangan, cabaran dan kualiti tadbir urus pembangunan mampan untuk menyokong misi pengaman JSDF di seluruh dunia. Halangan dan cabaran ini telah menjadi inspirasi kepada elit politik generasi baru yang mahu mengubah postur pertahanan Jepun menjadi lebih aktif dan berorientasikan keselamatan kolektif. Elit politik Jepun mempunyai pengaruh signifikan dalam menentukan postur JSDF daripada passive pacifist kepada active balancing kepada konsep keselamatan kolektif. Hasrat Jepun untuk memiliki peranan global yang aktif melalui pembentukan dasar luar yang UN-centric turut mempengaruhi perubahan bentuk misi yang disertai oleh JSDF di peringkat antarabangsa. Suara komuniti global yang mahukan Jepun melakukan lebih dari sekadar memberi bantuan kewangan turut menjadikan JSDF bertindak sebagai perantara berkesan dalam membantu matlamat Millennium Development Goals dan melindungi keselamatan insan. Lebih penting lagi, artikel ini menyiasat sejauhmanakah peranan JSDF dalam membawa imej Jepun sebagai penyokong kuat keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Huda, M. I., & Che Kub, A. S. (2019). Japan Self-Defense Forces: Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa. WILAYAH: The International Journal of East Asian Studies, 8(1), 14–30. https://doi.org/10.22452/IJEAS.vol8no1.2
Section
Articles