Enam Dekad Grand Strategy Malaysia Terhadap China (1957-2018): Dasar Luar Negara Membangun Terhadap Negara Kuat

Main Article Content

Mohammad Ikhram Mohammad Ridzuan
Mohd Ikbal Mohd Huda
Sity Daud

Abstract

Artikel ini menganalisis perubahan dasar luar Malaysia terhadap China bagi tempoh enam dekad daripada tahun 1957 hingga 2018. Evolusi perubahan dasar luar Malaysia terhadap China distrukturkan melalui tiga peringkat analisis iaitu faktor struktur antarabangsa, domestik dan individu. Walaupun hubungan Kuala Lumpur-Beijing tidak memperlihatkan sebarang bentuk krisis yang mampu mengganggu gugat kestabilan kedua-dua negara, persepsi ancaman dilihat masih wujud berdasarkan faktor dan pengaruh luaran. Dalam mendapatkan hasil kajian yang koheren, tiga faktor yang mendominasi dasar luar Malaysia terhadap China dianalisis. Faktor struktur antarabangsa ialah hubungan antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China yang memberikan kesan secara langsung terhadap dasar luar Malaysia. Faktor domestik pula ialah perubahan ekonomi negara dan krisis politik. Faktor individu ialah peranan pemimpin dalam menentukan hala tuju dasar luar Malaysia melalui ideologi dan persepsi. Teori neoklasikal realisme dan konsep grand strategy diaplikasikan untuk mengkaji perkaitan hubungan tiga peringkat analisis tersebut dalam penstrukturan dasar luar Malaysia terhadap China. Ketiga-tiga faktor iaitu struktur antarabangsa, domestik dan individu memberikan impak yang tinggi dalam mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia terhadap China iaitu daripada era Perang Dingin sehingga tahun 2018. Walaupun demikian, faktor struktur antarabangsa paling signifikan kerana memberikan implikasi yang besar kepada perubahan domestik dan tindakan yang diambil oleh para pemimpin dalam menganalisis setiap perubahan dasar luar Malaysia terhadap China

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohammad Ridzuan, M. I., Mohd Huda, M. I., & Daud, S. (2019). Enam Dekad Grand Strategy Malaysia Terhadap China (1957-2018): Dasar Luar Negara Membangun Terhadap Negara Kuat. WILAYAH: The International Journal of East Asian Studies, 8(1), 31–44. https://doi.org/10.22452/IJEAS.vol8no1.3
Section
Articles