Masalah Perkembangan SJK(C): Kajian Pemindahan SJK(C) di Negeri Selangor, 1999-2012 / SJK (C) Development Problems: Study on the Relocation of SJK (C) in Selangor, 1999-2012

Main Article Content

Sie Ching CHEE Ker Pong THOCK

Abstract

Abstrak
Malaysia merupakan sebuah negara unik yang terdiri daripada berbilang kaum. Pelbagai kaum sentiasa bertolak ansur dalam aspek budaya, politik, pendidikan dan sebagainya. Antaranya, pendidikan digunakan sebagai alat penting dalam usaha memupuk semangat nasionalisme. Namun, sistem pendidikan satu aliran yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menimbulkan fenomena peminggiran pendidikan aliran lain. Masyarakat Cina merasakan pendidikan Cina tidak mendapat perhatian dan perkembangan yang sewajarnya memandangkan lebih daripada 90 peratus jumlah SJK(C) di Semenanjung Malaysia kini dibina pada tempoh sebelum kemerdekaan. Selepas mencapai kemerdekaan, jumlah bilangan pembinaan SJK(C) telah mengalami pengurangan yang tidak seiring dengan peningkatan jumlah pelajar. Pada 25 April 1998, Menteri Pendidikan, iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak pernah menyatakan bahawa jumlah bilangan SJK(C) akan dikekalkan. Memandangkan dasar kerajaan yang tidak menggalakkan pembinaan SJK(C) baru, maka masyarakat Cina terpaksa memperjuangkan pemindahan SJK(C) sebagai kes gantian untuk menyelesaikan masalah kekurangan SJK(C). Selangor dianggap sebagai negeri yang berkembang pesat telah mempunyai kepadatan penduduk Cina yang kian meningkat. Oleh itu, masyarakat Cina di Selangor terpaksa menghadapi masalah kekurangan SJK(C) yang kian serius memandangkan proses dan prosedur pemindahan SJK(C) yang rumit. Jadi, kertas kerja ini membincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pemindahan SJK(C) dan cara mengatasinya.


Kata kunci: pendidikan Cina, SJK(C), pemindahan SJK(C), Selangor,


 


SJK (C) Development Problems: Study on the Relocation of SJK (C) in Selangor, 1999-2012.


Abstract
Malaysia is a unique country of diverse races. Over the years, various races, especially the three ethnic groups (Malay, Chinese and Indians) are always tolerant in how it all fits together in terms of culture, politics, education and so on. Among those terms, education is used as an indispensable tool in establishing the spirit of nationalism.  However, a one-track education system implemented by the government since independence has led to the phenomenon of marginalization or unfair treatment of the Mother tongue education of other races. The Chinese people feel that Chinese education does not getting proper attention and development as more than 90 percent of the total SJK (C) that exist now in Peninsular Malaysia was built in the pre-independence period by British colonial government. Since the country become independent 60 years ago, the total number of SJK (C) construction has experienced a reduction which cannot keep pace with the increase of students. On April 25, 1998, the Minister of Education, Datuk Seri Najib Abdul Razak had stated that the total number of SJK (C) would be maintained and SJK(C) could expand the area rather than increase the quantity. In view of the government’s neglect of constructing new SJK (C), the Chinese community was forced to fight for the relocation of the SJK (C) as a compromise for solving the shortage of SJK (C). Selangor which is regarded as a rapidly growing state nowadays has becoming a densely Chinese populated area under the wave of urbanization. Therefore, the Chinese community in Selangor was forced to face the serious shortage of SJK (C). Although the authorities conducted the SJK (C) relocation project, there was no results so far in view of the complication of SJK (C)’s relocation process and procedure. Hence, this paper will emphasis on discussing the problems faced in the process of relocation SJK (C) in Selangor and how to overcome it.


Keywords: Chinese Education, Selangor Malaysia, SJK (C), relocation

Article Details

How to Cite
CHEE, Sie Ching; THOCK, Ker Pong. Masalah Perkembangan SJK(C): Kajian Pemindahan SJK(C) di Negeri Selangor, 1999-2012 / SJK (C) Development Problems: Study on the Relocation of SJK (C) in Selangor, 1999-2012. Journal of Chinese Literature And Culture 馬大華人文學與文化學刊, [S.l.], v. 5, n. 2, p. 60-79, dec. 2017. ISSN 2289-232X. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JCLC/article/view/17222>. Date accessed: 22 apr. 2019.
Section
Articles