Rancangan latihan untuk penterjemahan
Abstract
Sudah nyata bahawa untuk inenjadi ahli dalam sesuatu bidang seseorang
itu haruslah memiliki sifat-sifat tertentu. Ia pertama-tamanya harus
mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam mengenai bidangnya;
ia harus boleh berbicara tentangnya, dan jika keahliannya memerlukan
penggunaan sesuatu alat ia harus mahir manggunakan alat-alatnya
itu. Begitu jugalah dalam bidang-bidang penterjemahan. Pendapat umum
yang menyatakan 'tahu bahasa maka boleh menterjemah' adalah tidak
benar kerana dalam hal ini alat, iaitu bahasa, belum mencukupi.









