ANALISIS KEPERLUAN APLIKASI GENDAY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN KAMI AKAN MATI, LIN
NEEDS ANALYSIS OF THE GENDAY APPLICATION IN THE TEACHING AND LEARNING OF CHARACTER AND CHARACTERIZATION IN THE SHORT STORY KAMI AKAN MATI, LIN
DOI:
https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.6Keywords:
Aplikasi Genday; pengajaran dan pembelajaran; watak dan perwatakan; cerpen; Kesusasteraan Melayu KomunikatifAbstract
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) elemen watak dan perwatakan dalam teks sastera memerlukan pendekatan yang kreatif dan inovatif agar dapat menarik minat serta meningkatkan kefahaman pelajar, khususnya dalam kalangan Generasi Z. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis keperluan penggunaan aplikasi Genday dalam proses pengajaran dan pembelajaran elemen watak dan perwatakan menerusi cerpen Kami Akan Mati, Lin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian lapangan yang melibatkan pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian. Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual separa berstruktur dan senarai semak pemerhatian tingkah laku pelajar semasa penggunaan aplikasi. Seramai 31 orang murid Tingkatan Empat yang mengikuti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dipilih sebagai peserta kajian. Data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti corak, makna dan tema yang muncul daripada dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan aplikasi Genday dalam pengajaran sastera memberikan kesan positif terhadap pemahaman pelajar, selain menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan dan bermakna. Visualisasi dan elemen interaktif dalam aplikasi ini membantu pelajar memahami sifat, sikap dan perkembangan watak dengan lebih mendalam. Kajian ini mencadangkan agar aplikasi teknologi seperti Genday diperluas penggunaannya dalam pendidikan sastera sebagai satu pendekatan inovatif yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan penglibatan pelajar secara aktif.
Kata kunci: Aplikasi Genday; pengajaran dan pembelajaran; watak dan perwatakan; cerpen; Kesusasteraan Melayu Komunikatif
ABSTRACT
The teaching and learning of character and characterisation elements in literary texts require creative and innovative approaches to attract students’ interest and enhance their understanding, particularly among Generation Z learners. This study was conducted to analyse the need to use the Genday application in the teaching and learning process of character and characterisation through the short story Kami Akan Mati, Lin. This research employed a qualitative approach with a field of study design, involving data collection through interviews and observations. The research instruments consisted of a semi-structured interview protocol and a behavioural observation checklist during the use of the Genday application. A total of 31 Form Four students enrolled in Communicative Malay Literature participated in this study. The data were analysed thematically to identify patterns, meanings and emerging themes. The findings revealed that the use of the Genday application in literature teaching had a positive impact on students’ comprehension, making the teaching and learning process more engaging and meaningful. The application’s visualisation and interactive features helped students better understand the traits, attitudes and development of characters. This study suggests that educational technologies such as Genday should be widely integrated into literature education as an innovative approach to enhance teaching quality and foster active student engagement.
Keywords: Genday application; teaching and learning; character and characterisation; short story; Communicative Malay Literature











