CITRA IBU SEBAGAI KONSTRUK SOSIAL DALAM NOVEL KANAK-KANAK TERPILIH DARI PERSPEKTIF TEORI GINOKRITIK
THE IMAGE OF MOTHERHOOD AS A SOCIAL CONSTRUCT IN SELECTED CHILDREN'S NOVELS FROM THE PERSPECTIVE OF GYNOCRITICAL THEORY
DOI:
https://doi.org/10.22452/jomas.vol37no1.8Keywords:
Citra ibu; novel kanak-kanak; peranan ibu; pembentukan nilai; analisis teks; identiti sosialAbstract
ABSTRAK
Citra ibu dalam novel kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk nilai, identiti serta pemahaman kanak-kanak terhadap peranan wanita dalam masyarakat. Namun, persoalan yang timbul ialah sama ada citra ibu sering digambarkan sebagai penyelesai masalah atau sebagai figura yang memberikan ketenangan ketika menghadapi konflik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis representasi ibu dalam novel kanak-kanak terpilih dengan menumpukan perhatian kepada citra ibu yang dipaparkan. Melalui pendekatan analisis teks, kajian ini mengenal pasti pelbagai peranan ibu dalam novel Suteki Da Ne Aleena (2013), Rahsia Dhia (2014) dan Budak California (2017). Pembacaan teliti terhadap ketiga-tiga teks dilakukan dengan menyenaraikan citra ibu berdasarkan senarai semak mengikut tema yang ditetapkan. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan Teori Ginokritik oleh Elaine Showalter (1979). Hasil kajian mendapati bahawa citra ibu dalam novel kanak-kanak sering dilambangkan sebagai pelindung, pendidik serta sumber kekuatan dan kasih sayang. Selain itu, citra ibu juga berfungsi sebagai model dalam membentuk sikap dan kepercayaan kanak-kanak terhadap hubungan keluarga, nilai moral serta konsep gender yang menyokong perkembangan emosi dan sosial mereka. Latar belakang budaya dan tema cerita turut mempengaruhi cara citra ibu digambarkan dalam novel-novel ini. Kesimpulannya, citra ibu dalam novel kanak-kanak bukan sahaja berperanan dalam pembentukan karakter kanak-kanak tetapi juga menjadi medium penyampaian norma sosial dan nilai budaya yang relevan dalam masyarakat.
Kata Kunci: Citra ibu; novel kanak-kanak; peranan ibu; pembentukan nilai; analisis teks; identiti sosial
ABSTRACT
The portrayal of mothers in children's novels plays a crucial role in shaping values, identity, and children's understanding of women's roles in society. However, are mothers often depicted as problem solvers or as figures who provide comfort in times of conflict? This study aims to analyze the representation of mothers in selected children's novels, focusing on their portrayal. Using a textual analysis approach, this study identifies various maternal roles depicted in Suteki Da Ne Aleena (2013), Rahsia Dhia (2014) and Budak California (2017). A thorough reading of the three selected texts was conducted by listing maternal portrayals based on a checklist of predefined themes. The data collected were then analyzed using Elaine Showalter's Gynocriticism Theory (1979). The findings reveal that mothers in children's novels are often represented as protectors, educators, and sources of strength and affection. Additionally, the study found that the portrayal of mothers serves as a model in shaping children's attitudes and beliefs regarding family relationships, moral values, and gender roles, which support their emotional and social development. Cultural backgrounds and story themes also influence how mothers are portrayed in children's literature. In conclusion, the portrayal of mothers in children's novels is not only essential in shaping children's character development but also serves as a medium for conveying social norms and cultural values relevant to society.
Keywords: Mother’s image; children’s novel; mother’s role; value formation; text analysis; social identity











