Pembangunan Buku Digital Interaktif Kanak-kanak di Malaysia: Bersediakah Penerbit? Development of Interactive Digital Book for Children in Malaysia: Are the Publishers Prepared?

Main Article Content

Rosmani Omar
Siti Ezaleila Mustafa
https://orcid.org/0000-0003-0010-8807

Abstract

In Malaysia, the development of information and communication technology (ICT) has created an impact on children’s book in the publishing world. Subsequent to this development, local book publishers were challenged to produce reading material in interactive digital form for children. Recognizing the importance of ICT and the benefit brought to the society, the government has implemented both the National Creative Industry Policy (DIKN) and the Malaysian Education Development Plan (2013-2025). Under this policy, players in the broadcasting and publishing industry in Malaysia were encouraged to develop the country's creative industry in order to raise the Gross Domestic Product (GDP). However, how prepared are players in the bookkeeping industry to produce interactive digital books for children? This is because the number of publications until 2017 is still small. This article will analyze the publishing status of children's digital books produced by the local publishers. Additionally, this article aims to investigate the readiness of publishers to publish interactive digital books for children in Malaysia. The method used in this study is through the analysis of children’s book titles in digital format from the website. In addition, the study also interviewed the management of the publishing house. Results showed Malaysian book publishers sought to bring the organization's direction towards the publication of interactive digital books. However, a few were found to be reluctant to change. In conclusion, Malaysian publishers  will do well with the support of all parties in order to strive for the publication of children's interactive digital books via the online platform.


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memberikan impak terhadap dunia penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia. Perkembangan pembacaan secara digital juga telah memberikan cabaran kepada penerbit untuk mengetengahkan bahan bacaan kanak-kanak kepada bentuk digital interaktif. Menyedari kepentingan TMK untuk dimanfaatkan oleh masyarakat, kerajaan melaksanakan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Melalui dasar ini, kerajaan menggalakkan pemain dalam industri penyiaran dan penerbitan di Malaysia meningkatkan pembangunan industri kreatif negara untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun, sejauh manakah pemain dalam industri pembukuan negara bersedia menerbitkan buku digital interaktif kanak-kanak? Ini disebabkan jumlah penerbitannya sehingga tahun 2017 adalah kecil. Oleh itu, artikel ini akan menganalisis status penerbitan buku digital kanak-kanak oleh penerbit. Selain itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kesediaan penerbit dalam menerbitkan buku digital interaktif kanak-kanak di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui analisis maklumat judul buku digital kanak-kanak menerusi laman web. Temu bual dengan pihak pengurusan penerbit juga merupakan kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati penerbit buku kanak-kanak di Malaysia berusaha untuk membawa hala tuju organisasi ke arah penerbitan buku digital interaktif. Terdapat juga dalam kalangan penerbit yang masih kurang bersedia ke arah itu. Penerbit di Malaysia masih memerlukan sokongan semua pihak untuk mengupayakan penerbitan buku digital interaktif kanak-kanak melalui platform secara atas talian.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>