Saladin: The Animated Series sebagai wacana Orientalisme Saladin: The animated series as Orientalism discourse

Main Article Content

Izra Inna Md Idris
Mohamad Saleeh Rahamad
Md Azalanshah Md Syed
https://orcid.org/0000-0001-8131-9627

Abstract

This article analyzes the discourse of Orientalism in Saladin: The Animated Series for the first episode entitled Rising Star. Edward Said (1978) in his book Orientalism: Western Conceptions of the Orient (1978) opposed Western perspectives on the East and analyzed postcolonial literary works in historical and social contexts, and describes orientalist discrimination in speculating and specifying data sources for particular interests. This study draws on a series of animations directed by Steve Bristow that showcased the leading Islamic figure of the crusade, Sultan Salahuddin al-Ayubi (1137-1193) or known as Saladin by the Western world. Taking the personality of an Islamic character to be the main character in the animated series is something to be proud of, but the fact about Sultan Salahuddin al-Ayubi’s personality has been distorted in Saladin’s character. This study looked at the orientalist attacks on the personality of Sultan Salahuddin al-Ayubi and found that the Saladin’s character was portrayed as physically weak, shallow-minded, and disobedient to his father. The whole of this first episode shows the misrepresentation of facts and the distortion of the image of Salahuddin al-Ayubi.


Artikel ini menganalisis wacana Orientalisme dalam Saladin the Animated Series bagi episod pertama yang bertajuk Rising Star. Edward Said (1978) dalam bukunya Orientalism: Western Conceptions of the Orient (1978) menentang perspektif Barat dalam memandang Timur dan menganalisis karya sastera pascakolonial dalam konteks sejarah dan sosial, serta menerangkan diskriminasi pihak orientalis dalam menentukan spekulasi dan penentuan sumber data bagi kepentingan tertentu. Kajian ini mengambil siri animasi yang diarahkan oleh Steve Bristow yang memaparkan tokoh Islam terkemuka pada zaman perang salib, Sultan Salahuddin al-Ayubi (1137-1193) atau dikenali sebagai Saladin oleh dunia Barat. Mengambil keperibadian tokoh Islam untuk dijadikan watak utama dalam siri animasi adalah sesuatu yang harus dibanggakan, namun fakta mengenai keperibadian Sultan Salahuddin al-Ayubi telah diselewengkan dalam watak Saladin. Kajian ini melihat serangan orientalis terhadap keperibadian Sultan Salahuddin al-Ayubi dan mendapati berlakunya penyelewengan watak Saladin seperti Saladin digambarkan berperwatakan lemah dari segi fizikal, berfikiran cetek, dan tidak mentaati bapanya. Keseluruhan episod pertama ini menunjukkan berlaku penyelewengan fakta dan perlecehan peribadi yang merosakkan imej Salahuddin al-Ayubi.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>