Jalinan Kesukanan Malaysia-China: Mempelajari Kejayaan China dalam Sukan Malaysia-China Sports Linkage: Studying China's Success in Sports

Main Article Content

Hamedi Mohd Adnan
Sarimah Ismail

Abstract

The 2008 Beijing Olympics, is the third summer Olympics to be held in Asia after Tokyo 1964 and Seoul 1988. Jacques Rogge, IOC President has recognized the 2008 Beijing Olympics as the best in the history of hosting the world Olympics. This statement has dignified and recognized Asia as the best organizer of the world -class sport. The success achieved by Chinese athletes in the Beijing Olympics has placed the position of Asian athletes at a proud level and this has further strengthened the ties of sporting ties between Asian and European countries with China. Malaysia is one of the countries that has close ties in terms of sports training with China. China's ability to produce world-class sports athletes has made the country one of the main training destinations for Malaysian athletes abroad. The sending of Malaysian athletes to train in China, not only aims to provide professional sports exposure to the country's athletes, but also to create a link between civilizations that can be learned between the two countries, especially in terms of sports. Cooperation in the field of sports with the two countries (Malaysia-China) is very little discussed, therefore this article discusses the cooperation that has already been established and that can be established between the two countries in this field.


Olimpik Beijing 2008, merupakan Sukan Olimpik musim panas ketiga yang dianjurkan di Asia selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988. Jacques Rogge, Presiden IOC telah mengiktiraf penganjuran Olimpik Beijing 2008 sebagai yang terbaik dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik dunia. Kenyataan ini telah memartabat dan mengiktiraf Asia sebagai penganjur terbaik sukan bertaraf dunia itu. Kejayaan yang dicapai oleh atlet-atlet China dalam Olimpik Beijing telah meletakkan kedudukan atlet Asia pada tahap membanggakan dan ini telah memperkukuhkan lagi jalinan hubungan kesukanan antara negara-negara Asia dan Eropah dengan China. Malaysia adalah antara negara yang menjalin hubungan erat dari segi latihan kesukanan dengan China. Keupayaan China melahirkan atlet-atlet sukan bertaraf dunia telah menjadikan negara tersebut antara destinasi utama latihan atlet Malaysia di luar negara. Penghantaran atlet-atlet Malaysia menjalani latihan di China, bukan sahaja bertujuan memberikan pendedahan sukan profesional kepada atlet negara, tetapi juga bagi mewujudkan jalinan hubungan antara tamadun yang boleh dipelajari antara kedua-dua negara, khususnya dari segi kesukanan. Jalinan kerjasama dalam bidang kesukanan dengan kedua-dua negara (Malaysia-China) amat sedikit dibincangkan, justeru artikel ini membincangkan kerjasama yang telah sedia terjalin dan yang dapat dijalinkan antara kedua-dua negara dalam bidang ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>