THE AGENT-MANAGER’S CONDUCT OF MUDARABAH CONTRACT IN ISLAMIC COMMERCIAL LAW

Authors

  • Joni Tamkin Borhan University of Malaya, Malaysia

Abstract

Mutjarabah ialah akad perkongsian di antara pihak yang mempunyai modal
dengan pihak usahawan. Dalam akad ini, pihak pemodal atau pelabur akan
menyerahkan modal kepada usahawan untuk menjalankan sesuatu perniagaan
yang mendatangkan keuntungan dan dia tidak akan terlibat dalam urusan
perniagaan itu. Keuntungan dalam perniagaan akan diagihkan antara kedua-dua
pihak mengikut nisbah yang dipersetujui bersama semasa akad dimeterai dan
kerugian yang bukan disebabkan oleh faktor kecuaian usahawan, jika berlaku,
akan ditanggung oleh pihak pelabur. Artikel ini menjelaskan tugas,
tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh usahawan (agent-manager)
dalam akad mwfiirabah menurut terma-terma akad yang dibuat dengan pelabur
dari sudut, antaranya, jenis perniagaan yang boleh diceburi, lokasi perniagaan,
batasan dan bidang kuasa usahawan dalam melaburkan modal pelabur
berkenaan, dan tanggungjawabnya jika dia melanggar terma-terma akad
berkenaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Borhan, J. T. (2019). THE AGENT-MANAGER’S CONDUCT OF MUDARABAH CONTRACT IN ISLAMIC COMMERCIAL LAW. Jurnal Syariah, 12(1), 1–20. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22866

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>