Aplikasi Matriks Condition Survey Protocol (CSP) 1 Dalam Penilaian Keadaan Bangunan Sekolah: Analisis Pengkadaran Keseluruhan Keadaan Bangunan

Main Article Content

M. Mahli
A.I Che-Ani
N.M. Tawil
M.Z. Abd-Razak
N.A.G. Abdullah

Abstract

Penyenggaraan merupakan aktiviti yang sangat penting bagi mengekalkan nilai aset bangunan sekolah, di samping menyediakan persekitaran yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi melaksanakan aktiviti penyenggaraan bangunan, pemeriksaan terhadap keadaan semasa bangunan adalah perlu. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kondisi bangunan dan penilaian yang bersistematik dapat dilaksanakan. Kertas ini membincangkan kajan terhadap keadaan bangunan sekolah rendah di bahagian Kuching, Sarawak yang telah dilaksanakan dengan menggunakan Matriks Condition Survey Protocol (CSP)1 sebagai alat pengukur. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menilai perkaitan antara usia sekolah dengan bilangan kerosakan bangunan, markah keseluruhan dan pengkadaran bagi setiap sekolah Tiga perkara utama dikenalpasti melalui analisis Matriks CSP1 iaitu bilangan keseluruhan kerosakan bangunan, markah keseluruhan kerosakan bangunan dan pengkadaran keseluruhan bagi setiap sekolah. Analisis yang dijalankan terhadap 24 buah sekolah mendapati terdapat 4,725 kerosakan keseluruhan bangunan sekolah, markah keseluruhan yang diperolehi adalah 45,868 manakala pengkadaran keseluruhan bagi semua sekolah adalah 9.71, iaitu berada pada tahap yang sederhana teruk. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga aspek tersebut adalah berkaitan dengan usia sekolah. Ini menyokong teori bahawa semakin tinggi usia sekolah, semakin banyak kerosakan bangunan yang berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles