Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim a.s. Menurut al-Qur’an dan Aplikasinya dalam Dakwah Masa Kini

Main Article Content

Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid Nor Raudah Hj. Siren

Abstract

Manhaj dapat difahami sebagai kaedah, metode, cara atau uslub. Bermaksud jalan yang menjelaskan dan menyampaikan kepada sesuatu perkara. Justeru, manhaj adalah sesuatu yang penting untuk difahami dan dipraktikkan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Apatah lagi manhaj dalam berdakwah yang merupakan jentera penggerak kejayaan tugas tinggalan para rasul ini. Jika baik dan tepat sesuatu manhaj maka akan baik dan eloklah penghasilannya. begitulah sebaliknya. Lantaran itu kertas ini bertujuan untuk memaparkan manhaj yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika berdakwah kepada kaumnya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an. Metode kajian yang dilakukan menggunakan metode analisis kandungan terhadap beberapa surah yang berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. di dalam Al-Qur’an. Selaku ‘Abb al-anbiyā’(bapa kepada para nabi), baginda wajar dirujuk dalam merealisasikan usaha-usaha dakwah khasnya yang berkaitan teknik dan manhaj dakwah. Terdapat beberapa manhaj yang diaplikasikan dalam dakwah baginda. Apa yang dibentangkan di sini adalah dapatan dari Al-Qur’an yang memaparkan keunggulan baginda dalam menyampaikan dakwah kepada semua peringkat umat manusia, bermula dari bapa baginda, kaum dan penguasa di zaman tersebut. Paparan manhaj dakwah Nabi Ibrahim a.s. menerusi Al-Qur’an ini juga turut digunakan oleh pendakwah masa kini sebagai gambaran dan garis panduan kepada para daie untuk menyempurnakan tugas mulia warisan tinggalan para rasul.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
ABD HAMID, Rohaily @ Abd Rahman; HJ. SIREN, Nor Raudah. Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim a.s. Menurut al-Qur’an dan Aplikasinya dalam Dakwah Masa Kini. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 46, n. 1, p. 23-44, june 2018. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/12991>. Date accessed: 06 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.2.
Section
Articles