Review of Traditional Sīrah Literature: Early Sources of Sīrah

Main Article Content

Wan Kamal Mujani

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meninjau beberapa aspek penting tentang sumber-sumber Sīrah yang awal. Antara isu utama yang dibincangkan ialah permulaan penulisan Sīrah, tokoh-tokoh terkemuka yang terlibat dalam bidang ini, faktor-faktor yang mendorong kepada penulisan mengenainya, karya-karya awal yang dihasilkan dan metodologi penulisan yang diaplikasikan. Adalah jelas bahawa penulisan Sīrah telah dimulakan oleh para Sahabat dan Tabiin secara informal yang kemudiannya dikembangkan dan dimantapkan oleh para sejarawan terkemudian. Tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat awal, ahli Hadith juga sebenarnya adalah merupakan ahli sejarah yang telah merintis dan mempelopori ke arah penulisan mengenai Sīrah. Rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu ini telah membawa mereka untuk merakamkan serta menulis mengenainya. Mereka bukan sahaja telah memperkenalkan kaedah atau metode penulisan Sīrah yang unggul, malah telah menghasilkan beberapa buah karya yang telah dijadikan rujukan penting oleh masyarakat Islam terkemudian hinggalah ke hari ini.


  

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mujani, W. K. (2007). Review of Traditional Sīrah Literature: Early Sources of Sīrah. Jurnal Usuluddin, 25, 45–60. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/5388
Section
Articles