Fiqh Al-Hadīth Abdul Halim al-Hadi dan Sumbangannya dalam Bidang Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Ilhām al-Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu

Main Article Content

Nur Hidayu Jamalluddin Faisal Ahmad Shah.

Abstract

Abdul Halim al-Hadi ialah seorang tokoh Melayu yang pernah memberi sumbangan dalam bidang pengajian hadith di Nusantara. Tokoh berkelahiran Pulau Pinang ini merupakan antara pelopor atau individu terawal yang mensyarahkan hadith-hadith di dalam kitab Ṣaḥīḥ alBukhārī. Kitab tersebut diberi nama Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ alBukhārī Bahasa Melayu. Artikel ini bertujuan membahaskan sumbangan Abdul Halim al-Hadi dalam bidang pengajian hadith umumnya, serta Fiqh al-Ḥadīth pengarang kitab dalam mensyarah hadith-hadith Ṣaḥīḥ alBukhārī. Bagi menganalisis data kajian, penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa pengarang kitab Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ alBukhārī Bahasa Melayu mensyarah hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī secara ijmālī (ringkas), serta menjadikan kitab Fatḥ al-Bārī dan Irshād al-Sārī sebagai rujukan utama dalam syarahan beliau. Kitab ini juga turut memberi kemudahan dan manfaat kepada masyarakat dalam mempelajari memahami hadith-hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
JAMALLUDDIN, Nur Hidayu; AHMAD SHAH., Faisal. Fiqh Al-Hadīth Abdul Halim al-Hadi dan Sumbangannya dalam Bidang Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Ilhām al-Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 41, p. 47-72, june 2015. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7496>. Date accessed: 06 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.3.
Section
Articles