Psikologi dan Penerimaan Warga Emas di Kompleks Warga Emas al-Jenderami

Main Article Content

Nor Raudah Siren

Abstract

Warga emas merupakan insan istimewa yang sudah berada di penghujung usia sebagaimana yang dijelaskan dalam Surah al-Hajj ayat 5. Faktor usia telah mempengaruhi emosi, fizikal, intelektual dan kerohaniannya serta persediaan mereka untuk menghadapi alam selepas kehidupan. Penulisan ini bertujuan memahami psikologi warga emas yang tinggal di Kompleks Warga Emas al-Jenderami (YAJ) walaupun terpaksa meninggalkan keluarga yang dikasihi. Aspek psikologi yang dianalisis ialah faktor memilih untuk tinggal di YAJ, penerimaan anakanak terhadap keputusan mereka, emosi semasa tinggal di YAJ, pandangan terhadap pengajian, pandangan terhadap kemudahan, hubungan dengan rakan sebaya, hubungan keluarga dan perasaan meninggalkan keluarga. Kajian ini menggunakan kajian lapangan dengan metode temubual berstruktur tetapi santai kepada warga emas yang bersedia bekerjasama. Temubual juga dilakukan terhadap pengurusan YAJ untuk mendapatkan latar belakang warga emas dan YAJ secara dekat. Kajian juga memilih metode pemerhatian dengan mengikuti program bersama warga emas. Secara keseluruhannya, warga emas mencapai tujuannya sepanjang berada di YAJ iaitu meningkatkan ilmu, mudah beribadat dan ketenangan hidup menghadapi hari-hari tua mereka. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
SIREN, Nor Raudah. Psikologi dan Penerimaan Warga Emas di Kompleks Warga Emas al-Jenderami. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 41, p. 73-94, june 2015. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7497>. Date accessed: 09 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.4.
Section
Articles