PENDEKATAN BERCERITA BERASASKAN KURIKULUM BERKEPELBAGAIAN BUDAYA UNTUK PEMBELAJARAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

Main Article Content

Aishah binti Abdul Malek
Mohd Nazri Abdul Rahman
Romli Darus
Muhammad Asyraf Mansor

Abstract

Pendekatan bercerita merupakan salah satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan oleh komuniti pendidikan untuk menerangkan tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap sesuatu fakta. Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek pelaksanaan pendekatan bercerita berasaskan kurikulum berkelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran awal literasi kanak-kanak. Kajian ini dilaksanakan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun di sebuah tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan kreativiti guru dalam penyampaian bercerita berdasarkan kurikulum berkepelbagaian budaya merupakan faktor utama yang mempengaruhi kefahaman kanak-kanak berkepelbagaian budaya dalam menerima pembelajaran. Kajian ini mencadangkan pendekatan bercerita perlu dilaksanakan secara kreatif oleh guru melalui kaedah penggunaan boneka dan bahan maujud dalam kalangan kanak-kanak berkepelbagaian budaya bagi membentuk kefahaman secara menyeluruh akan nilai pembelajaran yang ingin diajari bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam satu-satu proses pembelajaran. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles