PERUBAHAN GARISAN PINGGIR LAUT DAN KESANNYA TERHADAP MORFOLOGI ZON PINGGIR LAUT: SATU KAJIAN DI UTARA NEGERI KELANTAN

coastline, coastline changes, impact, morphology

Authors

  • Nor Shahida Azali Universiti Malaya

Keywords:

garisan pinggir laut,, perubahan garisan pinggir laut,, kesan,, morfologi

Abstract

Garisan pinggir laut iaitu zon pertemuan di antara daratan dan lautan merupakan kawasan yang
sangat dinamik. Pembentukannya adalah terhasil daripada proses tindakbalas secara semula jadi di
antara sistem fizikal dan struktur buatan manusia yang dibina di kawasan tersebut. Aktiviti manusia
di lembangan sungai juga turut mempengaruhi perubahan garisan pinggir laut memandangkan
lembangan sungai amat berhubungkait dengan sistem lautan. Seterusnya menyebabkan berlakunya
perubahan terhadap morfologi atau bentuk muka bumi di sepanjang garisan pinggir laut.
Berdasarkan peratusan hakisan pinggir laut di Malaysia, Negeri Kelantan merupakan garisan
pinggir laut yang paling teruk mengalami proses degradasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dilaksanakan bagi mengkaji perubahan garisan pinggir laut dalam tempoh 64 tahun iaitu dari tahun
1955 hingga 2019 dan kesannya terhadap morfologi di kawasan tersebut. Kajian ini menggunakan
perisian GIS (Geographic Information System) dan RS (Remote Sensing). Hasil proses penindanan
peta menunjukkan bahawa berlaku tiga jenis perubahan garisan pinggir laut iaitu degradasi,
aggradasi dan juga dinamik. Manakala kesannya terhadap morfologi pinggir laut pula adalah
wujudnya bentuk muka bumi yang baru serta kemusnahan bentuk muka bumi yang sedia ada di
sepanjang garisan pinggir laut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-30