FAKTOR ANALISIS MEMBELI-BELAH BARANGAN MAKANAN DAN KEPERLUAN HARIAN DI PASAR RAYA BESAR

retailing, hypermarket, consumer behaviour, shopping factor, Shah Alam.

Authors

  • Abd Rahman Roslan Universiti Malaya
  • Rosmadi Fauzi Universiti Malaya
  • Rohana Jani Universiti Malaya

Keywords:

perniagaan runcit,, pasar raya besar,, tingkah laku pengguna,, faktor membeli-belah,, Shah Alam.

Abstract

Perniagaan runcit di Malaysia telah menunjukkan banyak perubahan dengan munculnya format
perniagaan baharu dan moden seperti pasar raya besar atau hypermarket. Banyak kelebihan yang
ditawarkan oleh pasar raya besar kepada pengguna untuk membeli barangan makanan dan
keperluan harian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kumpulan faktor yang
mempengaruhi pengguna membeli-belah di pasar raya besar di Shah Alam. Seramai 400 orang
responden terlibat dalam kajian melalui kaedah persampelan mudah. Data dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif dan Analisi Faktor digunakan untuk mengenal pasti
kumpulan faktor. Hasil kajian mendapati terdapat lima kumpulan faktor yang terdiri daripada 31
item yang mempengaruhi pengguna membeli-belah iaitu barangan dan perkhidmatan,
kemudahan, perjalanan, persekitaran dan lain-lain faktor. Kajian ini diharap boleh digunakan
oleh pihak pengurusan sama ada pasar raya besar dan juga pesaing untuk merangka strategi
perniagaan pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-30