Sorotan Sejarah Kemunculan Syiah dan Aliran Utamanya

History of the Syiah and Its Main Utility

Authors

  • Mariam Abdul Rahman
  • Mohd Fauzi Hamat

Keywords:

Shiite, leadership, the priests, the Imamate

Abstract

Makalah ini membincangkan sorotan ringkas kemunculan Syiah sebagai satu aliran pemikiran dalam Islam. Kajian ini mendapati bahawa benih awal yang membibitkan kelahiran Syiah telah wujud semasa pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah walaupun tanda awal tersebut tidak menzahirkan Syiah sebagai mazhab politik dan akidah. Kemelut politik kepimpinan Syiah tidak berakhir setakat ini kerana penyokong ̒Ali bin Abi Talib tetap melihat bahawa isu kepimpinan setelah kewafatan Nabi s.a.w. adalah hak mutlak ̒Ali bin Abi Talib dan zuriatnya. Kewibawaan dan kejayaan Abu Bakar dan ‘Umar dalam menerajui kepimpinan dengan baik berjaya membendung lahir Syiah sehingga ‘Uthman memegang tampuk pemerintahan. Campur tangan daripada pelbagai pihak khususnya peranan ‘Abdullah bin Saba’ telah menyemarakkan semangat penyokong ̒Ali untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapat hak jawatan khalifah sehingga munculnya beberapa aliran Syiah seperti al-Imāmīyyah al-Ithnā Asyarīyyah, al-Zaydīyyah, al-Ismāīlīyyah dan al-Ghullāh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31.12.2018

How to Cite

Abdul Rahman, M., & Hamat, M. F. (2018). Sorotan Sejarah Kemunculan Syiah dan Aliran Utamanya: History of the Syiah and Its Main Utility. Journal Al-Muqaddimah, 6(2), 57–70. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/MUQADDIMAH/article/view/15586