KEHIDUPAN BURUH INDIA LADANG DI TANAH MELAYU, 1900-1941

  • Parameswari Krishnan Universiti Selangor (UNISEL)
  • J.Hinduja Jayer Raman

Abstract

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah membawa suatu perubahan besar dalam kehidupan mereka. Majoriti buruh Tamil yang datang ke Tanah Melayu terlibat dalam industri perladangan sama ada getah atau kelapa. Sebahagian besar buruh-buruh ini terdiri daripada buruh-buruh ladang, sementara yang lainnya pula terlibat dengan pekerjaan lain sama ada sebagai buruh dengan jabatan-jabatan kerajaan, lombong, kerani dan sebagainya. Perbincangan dalam topik ini akan memberikan perhatian terhadap kehidupan sosial masyarakat India di ladang dengan tumpuan kepada aspek layanan buruk, tekanan kerja, pengambian todi, kasta, kemudahan asas, tempat kediaman, kesihatan, agama, gaji, aktiviti masa lapang dan sebagainya. Penekanan terhadap isu-isu tersebut amat penting kerana majoriti buruh tinggal di kawasan ladang berbanding bandar. Kajian ini juga penting disebabkan ia berasaskan kepada sumber primer terutama rekod Pejabat Kolonial dan pelbagai laporan tahunan yang meliputi Tanah Melayu

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-27
How to Cite
KRISHNAN, Parameswari; JAYER RAMAN, J.Hinduja. KEHIDUPAN BURUH INDIA LADANG DI TANAH MELAYU, 1900-1941. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/12551>. Date accessed: 30 mar. 2020.
Section
Articles