PERANAN EJEN KERAJAAN INDIA DALAM KEMAJUAN PENDIDIKAN TAMIL DI TANAH MELAYU, 1922-1941

  • M.Utaman a/l Raman University Malaya (UM)
  • Sivachandralingam Sundara Raja Universiti Malaya (UM)

Abstract

Artikel ini akan membincangkan peranan yang dimainkan oleh Ejen Kerajaan India dalam kemajuan sekolah Tamil di Tanah Melayu antara 1922-1941. Ejen Kerajaan India adalah mereka yang dilantik oleh Gabenor-Jeneral British di India mengikut Seksyen 7, Indian Emigration Act 1922 untuk melindungi masyarakat India di luar negara India. Dalam tempoh masa ini, seramai enam orang Ejen Kerajaan India telah dilantik dan mereka adalah D. Arulanandam Pillai, R. Subbayya Naidu, M. Kunhiraman Nair, K.A.Mukundan, C.S. Venkatachar dan Subimal Dutt. Artikel ini bermula dengan pengisahan sejarah awal sekolah Tamil di Tanah Melayu sebelum dan selepas abad ke-20. Perkembangan pendidikan Tamil dapat dikesan menerusi 4 jenis sekolah Tamil iaitu sekolah Tamil mubaligh, sekolah Tamil jawatankuasa, sekolah Tamil kerajaan dan sekolah Tamil estet. Di samping itu, kepentingan Kod Buruh dan pandangan beberapa pegawai atasan berkaitan penubuhan sekolah Tamil turut dinilai. Seterusnya, masalah guru, buku teks, pentadbiran dan pengurusan sekolah Tamil turut dikupas. Kehadiran Ejen Kerajaan India telah memberi harapan kepada kemajuan sekolah Tamil dan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Secara tuntasnya artikel ini mengkaji peranan Ejen Kerajaan India dalam menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah Tamil dan usaha mereka dalam memajukan pendidikan Tamil.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-27
How to Cite
A/L RAMAN, M.Utaman; SUNDARA RAJA, Sivachandralingam. PERANAN EJEN KERAJAAN INDIA DALAM KEMAJUAN PENDIDIKAN TAMIL DI TANAH MELAYU, 1922-1941. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/20416>. Date accessed: 18 jan. 2020.
Section
Articles