PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN DI SARAWAK, 1970-1981

DEVELOPMENT OF AGRICULTURE INDUSTRY IN SARAWAK, 1970-

  • Emyzul Ismail Universiti Malaya (UM)
  • Arba'iyah Mohd Noor Universiti Malaya (UM)

Abstract

Pertanian merupakan antara penyumbang penting kepada kemakmuran ekonomi Sarawak. Industri pertanian di Sarawak telah mengalami pelbagai perubahan sebelum dan selepas kerajaan Sarawak dipimpin oleh Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri Sarawak ketiga. Artikel ini memfokuskan perkembangan industri pertanian di Sarawak dari tahun 1970 hingga 1981 sebaik sahaja Abdul Rahman Ya’kub memegang tampuk Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Ketua Menteri Sarawak sehinggalah tahun terakhir pemerintahan beliau. Artikel ini ingin melihat sejauh mana peranan agensi-agensi yang terlibat dalam membangunkan industri pertanian di Sarawak dalam tempoh yang dinyatakan. Pelbagai strategi yang telah dilaksanakan turut dianalisis berdasarkan masalah yang dikenalpasti. Akhir sekali kesan perkembangan industri ini terhadap pembangunan sosial di negeri Sarawak akan dikenal pasti. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Sarawak, Arkib Negara Malaysia, Pustaka Negeri Sarawak, Pusat Repositori Pustaka Negeri Sarawak, Perpustakaan DBP Cawangan Sarawak, Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya. Hasil kajian mendapati, kerjasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan berjaya meningkatkan KDNK menerusi jumlah pengeluaran dan eksport hasil pertanian. Lebih menarik lagi apabila perkembangan industri pertanian berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.


 

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-12-28
How to Cite
ISMAIL, Emyzul; MOHD NOOR, Arba'iyah. PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN DI SARAWAK, 1970-1981. SEJARAH: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 28, n. 2, dec. 2019. ISSN 1985-0611. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/20919>. Date accessed: 30 mar. 2020.
Section
Articles